Sebenarnya kita tak boleh buruk sangka dengan kawan-kawan kalau mereka tidak beli produk kita dan tidak pernah support iklan-iklan kita bahkan menjauh beribu batu dari kita siap menghasut rakan-rakan lain untuk jangan beli produk kita jual.
Kadang-kadang ada jugak yang perli kita orang kaya baru, tak habis-habis buat duit, bisnes women hebat sedunia, bisnes man seantero tapi hidup macam tu jugak. Ada jugak sampai unfriend kita dari facebook sebab tak suka tengok kita buat duit.
Jangan sesekali bersedih, sebab ini adalah tanda bahwa anda telah bermula memasuki dunia perniagaan untuk buat duit sampingan. Kawan-kawan tengok kita bukan macam biasa, asyik tengok iklan buat duit je mereka rasa bosan. Sebab itu mereka taknak like atau komen, nanti wall mereka asyik naik status kita, bukan mereka tak sudi tapi mereka sedikit rimas dengan iklan buat duit tu. Itu semua tidak mengapa jangan ambil hati. Mereka bukan benci tapi bosan, Maafkan mereka.
Dunia perniagaan tidak kejam sebenarnya tapi nafsu manusia itu sangat KEJAM. Apa perlu anda buat untuk terus kehadapan adalah ” KETAB BIBIR JALAN TERUS”.
Jangan sesekali rakan-rakan lupa bahwa ALLAH maha kaya. Mengadulah dan meminta lah pertolongan dariNYA untuk permudahkan semua urusan Dunia dan saya yakin jika anda buat tanpa henti tanpa kenal putus asa maka KEJAYAAN milik anda, Saya sangat percaya itu.
2 pekara sahaja tanam dalam mindset kita untuk berniaga online atau buat duit dari rumah
1. USAHA adalah tugas kita. Usahalah sehabis baik, tuntut ilmu sampai dapat, jangan mudah berputus asa dan jangan mudah mengalah .
2. MAN JADDA WA JADDAH Kejayaan hanya untuk orang yang betul-betul berusaha, rezeki datang bukan dari manusia jadi jangan pernah takut.. Sebab Allah maha mengetahui. Dalam diam Allah bantu kita.
Memang tidak mudah Tapi tiada pekara yang mustahil #penulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat