Ada orang selalu tanya,
➡️Macam mana nak “buat duit”?
➡️Bagaimana nak “buat duit” yang banyak dalam masa yang singkat?
➡️Berapakah modal yang diperlukan, sikit atau banyak?
Nak “buat duit” tu boleh tapi bukanlah senang, kenapa saya cakap begitu, kerana kebanyakan yang nak “buat duit” bermula dari bawah, mula dari susah dulu, senang kemudian, dan ia mengambil masa yang lama untuk perolehi sesuatu kejayaan.
1️⃣ Market Besar dan Produk Keperluan
Untuk memulakan bisnes anda kena tahu bisnes apakah yang anda akan buat, “keperluan” ramai atau “kemahuan” ramai. Keperluan ramai apabila semua orang memerlukan barang itu dan menggunakannya setiap hari. Kemahuan ramai apabila barang itu hanya diingini oleh orang ramai pada waktu tertentu sahaja dan tidak menggunakannya setiap hari.
2️⃣ Modal Rendah dan Risiko Rendah
Untuk memulakan sesuatu bisnes kita kena tahu berapa banyak yang kita kena invest, berapakah modal yang kita perlukan dan kita juga perlu anggarkan berapakah hasil yang kita akan perolehi, adakah lebih dari jumlah modal yang kita keluarkan ataupun kurang?
Jadi nasihat saya, sekiranya ingin memulakan bisnes mulalah dari yang kecil dahulu dari yang sederhana dahulu, gunakan modal yang kecil, bisnes yang kecil, kerana bila kita jatuh kita tidak akan terlalu rugi dan tidak akan terlalu sakit. Kebanyakan orang yang berjaya adalah bermula dari bisnes yang kecil hinggalah mereka dapat mengembangkan bisnes mereka pada next level yang korang sendiri tidak dapat jangkakan.
Ingatt!! Dalam dunia ni duit tidak akan datang bergolek kalau kita tidak berusaha, kalau kita usaha banyak dapatlah bnyak, kalau kita usaha sikit dapatlah sikit. Masa bukanlah penghalang kepada kejayaan kita tetapi adalah peluang pada kejayaan kita. Kalau nak buat duit, bermulalah dari sekarang, kalau bukan hari ini bila lagi? Mula awal, kejayaan datang awal, mula lambat kejayaan datang lambat. Fikir-fikirkan lah.
Dan jangan lupa setiap kejayaan dan rezeki yang datang adalah dari Allah, janganlah tinggal solat dan selalulah berdoa kepadaNya kerana usaha tanpa doa, kita tidak akan kemana juga. #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat