Jika anda ditimpa masalah dan ujian yang berat sehingga anda rasa terhimpit macam tiada jalan keluar, jangan sesekali menyalahkan tuhan dan sangka buruk pada Allah. Setiap ujian itu hanya untuk menambahkan iman dan anda akan semakin kuat jika anda berjaya melaluinya.
Pernah terjadi satu kisah sewaktu zaman dahulu, ada seorang lelaki dengan seekor kuda berwarna putih. Pada suatu hari seorang raja yang kaya ternampak kudanya dan mahu membeli kuda tersebut, tetapi akan kerana sayang dengan kudanya maka si lelaki ini tak mahu menjualnya. Selepas itu kudanya yang tersebut hilang tidak ditemui, keesokannya penduduk kampung yang terdengar akan kisah ini pun bertemu si lelaki ini dan berkata “Alangkah malangnya hidup kau, kuda yang ingin dibeli oleh orang kaya itu akhirnya hilang tidak ditemui”. Tetapi si lelaki ini hanya diam dan tak mengeluh seperti orang lain.
Beberapa hari kemudian kudanya tersebut kembali bersama beberapa ekor kuda yang lain, penduduk kampung yang dengar akan berita itu. Berkata pada lelaki tersebut, bertuah sungguh hidup kau tak sangka dengan pemergiannya kau telah mendapat kuda yang lain tetapi seperti biasa lelaki tersebut hanya senyap.
Si anak lelaki itu pun, cuba melatih kuda tersebut untuk ditunggangi dan satu kemalangan berlaku apabila anak lelaki itu terjatuh dan kakinya patah. Penduduk kampung pun datang sekali lagi pada si lelaki ini dan berkata “Alangkah malang hidup kau, tak sangka kuda yang dibawa itu merupakan nasib malang bagimu dan anak mu. Seperti biasa lelaki tersebut diam dan tak berkata apa-apa.
Tiba satu saat apabila peperangan bakal meletus, raja memanggil rakyat jelata yang mempunyai anak lelaki untuk turut serta dalam peperangan. Penduduk kampung bertemu semula dengan si lelaki ini dan berkata “Alangkah bertuahnya hidup kau, anak kau hanya patah kaki tapi kami bakal hilang anak kami dalam peperangan”. Akhirnya si lelaki tadi membuka mulut “Kadang apa yang kita rasa malang itu adalah terbaik buat kita, jangan cepat menyalahkan tuhan dan bersangka buruk padanya”.
Anak yang patah kaki tersebut dianggap kesian dan malang nasibnya, tetapi itu adalah kebaikan untuknya kerana dapat keluar daripada ikut berperang. Sebab itu jika kejadian buruk berlaku jangan sesekali bersangka buruk dengan Tuhan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat