Reward diri atau menghadiah kan diri dengan barang yang mewah adalah perkara yang normal bagi orang yang menghargai diri. Setelah sebulan penat bekerja, wajar lah kita menghargai diri dengan membeli hadiah untuk diri sendiri.
Ianya bukan lah satu pembaziran jika sekali sekala membeli jam mewah, telefon bimbit baharu walaupun harga barang itu mencecah ribuan ringgit. Bezakan antara pembaziran dan juga hargai diri, pembaziran berlaku apabila anda membeli lebih dari keperluan sebagai contoh anda memesan makanan untuk 3 orang tapi anda cuma berdua sahaja maka itulah pembaziran.
Manakala menghargai diri pula, anda mengeluarkan duit untuk membeli barang yang anda inginkan walaupun mahal sekali sekala, kerana tiada siapa yang menghargai diri anda yang telah penat membanting tulang dan ingin menghadiahkan anda melainkan diri anda sendiri.
Setiap orang berbeza cara mereka mereward diri, bagi orang mungkin reward dirinya agak berlebihan kerana mereka memiliki duit extra yang lebih banyak daripada anda. Tapi bagi orang yang miskin reward diri, seperti makan mewah seperti di kedai satay sebulan sekali itu sudah cukup dan merasa gembira akan perkara itu. Jangan kecewa dan hargailah diri
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat