Rumah merupakan keperluan bagi setiap orang terutama orang yang telah berkahwin. Disebabkan itu penting untuk kita merancang dan mengumpul duit bagi membeli rumah di masa hadapan.
Harga rumah setiap hari semakin meningkat, begitu juga dengan harga sewa rumah. Jika anda seorang yang bijak daripada sekarang ini anda akan merancang untuk membeli rumah untuk masa depan. Walaupun anda baru bergelar student tapi dengan rancangan yang rapi peluang untuk anda membeli rumah sangat tinggi.
Ada antara golongan M40 atau T20 yang telah membeli rumah yang disediakan untuk golongan B40, mereka dipanggil otai dalam bidang hartanah. Jika anda lambat bertindak rumah untuk golongan B40 mungkin akan habis di kawasan yang anda mahu dan anda hanya dapat menyewa sahaja.
Saya bukan lah pakar dalam bidang hartanah, tapi point saya disini daripada sekarang target rumah apa yang anda nak beli dan bila anda akan beli. Apabila anda berkahwinan nanti sudah tak perlu mencari rumah untuk disewa kerana anda sudah target membeli rumah.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat