Kahwin adalah sesuatu yang sangat sangat digalakkan terutama kepada dua orang yang saling bercinta. Namun zaman sekarang ini ramai yang agak takut untuk berkahwin disebabkan kerja. Jangan sesekali takut untuk berkahwin kerana masalah wang, ramai orang sebelum berkahwin dia kerja dan gaji hanya cukup-cukup makan. Tetapi selepas berkahwin terus mampu beli rumah walaupun bukan lah rumah mewah. Allah akan beri rezeki untuk orang yang berkahwin, kita hanya perlu yakin dan berusaha sahaja.
Banyak kelebihan berkahwin terutama berkahwin awal ni, antaranya setiap apa yang kita lakukan kita akan ada orang yang sentiasa menyokong perbuatan kita. Setiap kali bersedih akan ada orang yang peluk kita dan menenangkan kita, tak gembira ke hidup berdua duan dengan orang yang dicintai?
Walau apa pun penting juga untuk ambil tahu perkara nefatif jika anda mahu kahwin awal, kebiasaann orang kahwin awal ni mereka sangat muda dan berumur lingkungan 19-23 tahun. Kahwin awal bagus kerana dapat mengelak zina tetapi ianya bukan mudah, ketika awal usia agak sukar untuk mencari rezeki. Kerana kemiskinan inilah ramai orang yang bercerai.
Tetapi tidak menjadi masalah apabila seorang wanita bertemu lelaki yang baik, lebih tua darinya dan ada pekerjaan yang bagus. Kebiasaan orang bercerai apabila ditimpa masalah rumah tangga seperti kemiskinan disini lah hidup mula porak peranda. Memang tak semua tapi ini lah hakikatnya.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat