Ramai anak muda yang ingin berniaga tapi tidak tahu produk apa yang tinggi permintaan dan boleh menjana keuntungan yang banyak. Disebabkan ini ramai orang cuba berniaga melalui dropship dan mencuba pelbagai produk yang mereka boleh jual.
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal, tetapi sebaiknya jangan lah jual banyak produk dalam satu masa terutamanya jika anda jual di dalam internet. Untuk anda yang baru sahaja mula berniaga sebaiknya kaji dahulu produk itu di pasaran, siapa pesaing anda, adakah produk tersebut sedang dalam permintaan dan adakah harganya berpatutan.
Selepas anda mengenali produk tentang kelebihan dan kelemahan produk yang anda mahu jual, belajar cara untuk mengiklankan produk anda baik secara berbayar atau pun percuma. Antara satu jenis produk dapat dijual dan untung sebanyak RM 5000 atau 10 jenis produk dijual tapi untung RM 5000 yang manakah bagi anda lebih baik?
Kalau saya sudah tentu lah 1 produk untung RM 5000, memaksimumkan jualan barang untuk satu jenis produk lebih baik daripada pening kepala jual 10 produk berlainan jenis untuk untung RM 5000.
Saya bagi contoh Tone Wow, produk Tone Wow murah dan mampu milik serta merupakan barang keperluan rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia perlu akan simkad kerana penting untuk membuat panggilan serta melayari internet. Setiap untung jualan merupakan untung yang pasif dan akan dapat setiap kali pelanggan anda melakukan topup walau dimana sahaja. Saya hanya jual simkad sahaja tak perlu jual topup fokus hanya satu sahaja bisnes pun dah boleh dapat untung berkali ganda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat