TENTANG DIRI SAYA

Nama diberi Hafidz Arif. Saya berasal dari Selangor dan seorang graduan UTM. Alhamdulillah, telah habiskan pengajian saya dengan baik.


6 tahun pengajiian di universiti, saya mula bekerja di sebuah Syarikat Jurukur di Ampang. Dengan bergajikan RM1,700, pada waktu itu, hidup pun serba apa yang ada.


Titik perubahannya apabila saya mula rasakan gaji yang saya dapat ini hanya lepas untuk diri sendiri sahaja. Saya tidak boleh membantu keluarga apatah lagi nak menyenangkan mereka, jauh sekali...

Pada tahun 2014, saya mula mencari peluang untuk tambah pendapatan di Media Sosial. Ditakdirkan jumpa perniagaan Tone Wow ini. Masa tu saya baca iklan "Peluang Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup"

Apa benda tu?

Masa itu mula mencari dan buat study tentang Tone Wow. Saya jumpa terus kawan tersebut dan ambil keputusan untuk mendaftar sebagai pengedar kerana saya modal bisnes ini kecil tetapi pendapatan saya akan terima adalah PASIF!

Pada peringkat awal nak mulakan, ia bukan mudah. Tiada pengalaman menjual simkad. Usaha satu minggu pertama, langsung tak menjadi. Satu orang pun saya tak berjaya daftarkan simkad Tone wow walaupun keluarga sendiri. Setiap kali saya Down, saya akan fikir, "Kalau aku berhenti, aku akan kekal hidup susah. Aku dah mulakan, maka aku mesti habiskan".

Dari situ saya akan sentiasa positif, jika orang lain boleh berjaya, kenapa tak saya kan?

.

.

Saya terus cuba cari solusi. Saya cuba guna cara lain jika cara yang lama gagal. Dalam masa satu bulan, saya telah berjaya daftarkan seramai 29 orang. Pada waktu tersebut, saya dapat komisen dari Tone Wow sekitar RM53.30. Bisnes ni peringkat awal memang hasilnya sedikit.


Saya tak pedulikan hasil, tapi saya teruskan sahaja buat. Sebab saya tahu, pendapatan yang dijanjikan dalam bisnes ini adalah pendapatan pasif. Jadi masuk bulan kedua, ia mula menaik kepada RM180. Bulan seterusnya menaik lagi kepada RM600+, hinggakan dalam masa setahun ia sudah hampir RM9,000 sebulan. Alhamdulillah rezeki dari Allah.

.

.

Masuk tahun kedua, saya teruskan usaha lagi mencari ramai lagi pelanggan. Biasalah ada masa down je, saya akan fikir balik, kenapa saya bermula, dan kenapa orang lain boleh buat. Saya akan bangun dan terus buat!

Sehinggakan saya telah daftarkan 400 orang, pada masa itu, komisen saya dibayar oleh Tone Wow sebanyak RM36,000 sebulan. Alhamdulillah..

Masuk tahun kelima, ia sudah jadi satu pendapatan yang pada saya, bila cerita pada orang lain pun susah nak percaya. Jika anda nak tahu, tonton video di bawah 😀

Nikmat yang terlalu besar dan tak dapat saya nak gambarkan betapa syukurnya. Tak pernah saya terima pendapatan sebanyak itu dan tak pernah pun saya terfikir nak terima pendapatan senilai itu.

Hasil saya dapat ini bukan kerana saya hebat, tetapi sebenarnya bisnes inilah yang hebat!

Kini saya sudah pun bersama dengan Tone Wow hampir 6 tahun. Alhamdulillah, bukan komisen sahaja yang saya terima, bahkan bonus tahunan, trip percutian ke Bandung, Dubai, Vietnam, Amsterdam, Paris, Istanbul dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, saya juga pernah memenangi cabutan bertuah RM100,000, dan mendapat pakej umrah percuma. Kini seluruh ahli keluarga, saya telah sara dengan pendapatan dari Tone Wow ini. Alhamdulillah.. Syukur tak terkata.

Terima Kasih Tone Wow,

Semoga ramai lagi yang dapat dibantu.

Apabila anda sertai sahaja bisnes Tone Wow ini, percayalah, segala akan saya ajarkan. Dan saya akan bantu anda lebih dari apa yang anda harapkan. Saya nak mengharapkan lebih ramai lagi yang berjaya mencapai kebebasan kewangan di dalam Tone Wow ini. Jom bina pasif Income!

Hafidz Arif

013-3088630

3 TIPS PERMULAAN BISNES

Kebiasaannya 50% bisnes tak dapat diteruskan dalam tempoh kurang dari setahun. Mengapa perlu risikokan bisnes modal yang besar sedangkan ada bisnes modal yang kecil?

Biar jual produk harga murah tetapi untung kecil, berbanding produk harga mahal tetapi untung besar.

Produk harga yang murah sudah tentu mudah dijual. Kena pada volume yang besar, maka untung pun dapat besar. Repeat sales juga pasti akan berlaku kerana harga produk murah.

Jangan terlalu menjual produk yang viral. Biasanya ia adalah trend sahaja. Jualan akan sendu apabila trend sudah bertukar. Jual Produk keperluan. Biar sikit sales, tapi sentiasa ada permintaan.

3 CIRI TERBAIK UNTUK PERMULAAN BISNES TONE WOW

Modal permulaan hanya RM19.50 sahaja. Kalau gagal pun hilang RM19.50. Tetapi kalau anda berjaya bagaimana pula?

Segalanya telah disediakan oleh Syarikat. Kerja anda hanya ajak orang guna simkad Tone Wow sahaja. Bab pembayaran komisen, bab produk, bab maintainance, semua benda syarikat uruskan. Anda terima komisen saja.

Produk adalah keperluan manusia. Semua orang pasti guna henfon. Ekonomi jatuh ke, parti politik bersilih ganti ke, artis bercerai ke, pasti semua guna henfon. Maka repeat sales sangat tinggi.

Penerangan Percuma

Jangan risau, saya akan ajar anda dari ZERO to HERO bagaimana ada boleh mendapat

Income Pasif setiap bulan.