Money game atau money scam adalah perkara yang biasa terjadi di Malaysia dan mangsa utama mereka adalah orang yang tidak mahir tentang bidang kewangan seperti anak muda dan juga orang tua. Kebiasaannya money game ini bersifat pelaburan, jika anda melabur sesuatu anda bakal dijanjikan wang hasil daripada pelaburan setiap bulan tanpa gagal.
Cara nak mengenali sama ada syarikat tersebut bersifat money game atau tidak mudah je, yang pertama sekali penting untuk kita menyelidik background sesebuah company tersebut. Tahun bila kah tertubuhnya syarikat tersebut dan jika masih baru kemungkinan besar syarikat itu adalah syarikat scammer, seterusnya siapakah ceo dan dimana lokasi pejabat tersebut.
Yang kedua pula, semak modus operandi syarikat tersebut. Seperti yang saya terangkan dan telah berlaku sebelum ini kebiasaannya money game adalah bersifat pelaburan. Labur duit ke atas sistem tersebut dan anda bakal dijanjikan kewangan tanpa menjual apa-apa produk. Kita boleh berfikir secara waras adakah tanpa produk dijual boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda?
Ini dua cara yang saya kongsikan untuk mengenali money game. Jika anda ingin mencari bisnes sebenar boleh PM saya
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat