PATUTKAH KITA DOWN??
Kita adalah apa yang kita lihat, Kita adalah apa yang kita dengar, Kita adalah apa yang kita pandang, Kita adalah apa yang kita fikir dan kita adalah apa yang kita tentukan.
Guys, jika ada ujian datang, kita yang pilih mahu apa. Mahu sedih atau mahu jalan terus. Mahu kecewa lama-lama atau sekadar 1 atau 2 minit sahaja. Mahu bincang atau mahu diamkan diri, mahu lawan atau mahu kawan.
Semua kita. Berhenti salahkan orang lain, kita yang negatif, kita yang sering fikir salah, fikir silap, fikir resah fikir gelisah.
Sedangkan kita boleh tarik nafas, istighfar dan kemudian perlahan-lahan alami dan nikmati proses pembelajaran tersebut. Boleh marah, namun kena ada nilai kasih sayang, boleh tegur namun kena ada elemen tolak ansur, boleh kritik, boleh kutuk namun kena beringat yang orang sudah berusaha dan gigih berbuat.
Semuanya ada jiwa dan hati dalam setiap apa yang kita buat. Semua kita. Sungguh kawan, pahit akan manis juga akhirnya.
Begitulah. Terus tersenyum dan nikmati hari-hari kalian dengan tenang dan terus belajar daripadanya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Sekian. #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat