Acqhire atau Acqui-hiring adalah satu perkataan yang digunakan untuk sesuatu syarikat membeli syarikat lain bertujuan untuk mendapatkan Staff syarikat yang pakar atau lebih tepat membeli skill staff syarikat tersebut dan bukan untuk menggunakan servis atau produk daripada syarikat yang dibeli.
Dalam dunia perniagaan dan pelaburan ni masih banyak perkara yang kita tidak tahu kerana tidak belajar, hari ini saya tertengok satu video tentang pembelian syarikat bertujuan hanya untuk membeli skill staff. Kebiasaannya ini terjadi jika sebuah syarikat itu menghasilkan produk yang berkualiti tetapi tidak menguntungkan. Syarikat yang besar mahu membeli skill syarikat tersebut dan bukan ingin menggunakan produk mereka.
Tiada satu Syarikat yang waras akan membeli saham syarikat yang tidak menguntungkan, setiap pembeliaan dan penjualan perlu ada keuntungan. Sebagai contoh Google membeli Youtube kerana nampak potensi servis tersebut.
Jika sebuah syarikat yang besar mahu mengambil alih syarikat yang kecil hanya bertujuan untuk mengambil skill staff di syarikat tersebut sahaja. Mungkin syarikat tersebut ada engineer yang mahir menghasilkan cip silikon dengan performance yang tinggi tetapi kurang menggunakan tenaga eletrik.
Disebabkan itu, sebelum melakukan sesuatu keputusan jangan lupa untuk menyemak sama ada perkara itu menguntungkan atau pun bakal memakan diri. Saya bagi contoh Tone Wow, orang guna Tone Wow kerana bisnes model dan pelan internet yang menguntungkan pengguna.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat