eSim atau nama sebenar embedded sim sudah mula diperkenalkan pada iphone XS sejak tahun 2018. Teknologi yang diperkenalkan oleh company Apple ini telah membuatkan eSim menjadi popular di seluruh dunia kerana ianya mudah tidak memerlukan kad sim fizikal untuk mendapatkan talian
Dengan Scan QR Code eSim, talian telefon dapat diaktifkan, internet dan panggilan telefon dapat digunakan seperti biasa. Esim begitu popular diluar negara kerana memudahkan user untuk mendaftar talian telefon di telefon.
Bayangkan jika anda bercuti di luar negara dan anda perlu membeli simkad baru untuk mendapatkan talian. Dengan menggunakan simkad eSim dapat membantu anda mendaftar simkad dengan lebih tanpa perlu jarum atau tool ejector untuk mengeluarkan sim tray. Seterusnya mengelakkan simkad Tone Wow anda tercicir ketika bercuti kerana anda tidak perlu mengeluarkan simkad asal anda.
Mungkin anda tertanya apa kelebihan menggunakan eSim di dalam Malaysia, kalau di luar negara eSim memudahkan anda untuk mendaftar talian dan seterusnya mengelakkan simkad asal anda tercicir ketika bercuti kerana terpaksa mengeluarkan simkad asal dari Malaysia.
Kalau di Malaysia penggunaan eSim dapat mengelakkana iPhone anda daripada dicuri. Kebiasaannya pencuri akan mengeluarkan simkad asal untuk mengelakkan Smartphone anda dikesan menggunakan aplikasi find my phone tetapi dengan penggunaan eSim mereka tidak dapat mencabut simkad asal kerana simkad itu telah di embedded ke dalam telefon. Ini membolehkan anda menjejak lokasi telefon anda dan seterusnya menangkap penjenyah.
Walaupun Tone Wow belum memberi sokongan untuk Simkad eSim saya yakin pada masa hadapan Tone Wow mungkin akan memilih untuk menyokong eSim. Buat masa ini hanya 4 telco sahaja yang menyokong eSim di Malaysia.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat