Semangat merudum merupakan perkara yang biasa terutama apabila anda bergelar usahawan muda. Disebabkan itu penting untuk seseorang itu sentiasa motivasi diri untuk terus bersemangat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi walaupun terpaksa menghadapi rintangan/
Kadangkala, kerugian syarikat boleh menyebabkan kita lemah semangat dan tidak mahu meneruskan bisnes. Disinilah motivasi diri itu penting, kerana motivasi diri lah yang menyebabkan seseorang itu terus melakukan kerjanya.
Pernah dengar tak kisah bagaimana Tan Sri Tony Fernandes ketika awal mulanya menjalankan perniagaannya di Air Asia. Dia sanggup mencagarkan rumahnya pada bank untuk mendapatkan modal bagi meneruskan bisnesnya.
Tanpa semangat dan motivasi diri mengatakan mereka akan berjaya satu hari nanti, mungkin Tan Sri Tony Fernandes tidak akan berjaya seperti sekarang ini. Setiap apa yang anda lakukan yakinlah pada diri anda dan sentiasa kuatkan semangat dan tidak mengalah. Walau jatuh 39 kali bangunlah untuk kali ke 40 serta sentiasa postifikan diri bahawa anda boleh berjaya satu hari nanti.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat