Antara cara paling cepat membina rangkaian di media sosial adalah dengan membina kepercayaan di media sosial.
Orang masa kini lebih mudah untuk membeli daripada orang yang mereka percayai. Saya ada kenalan yang menjual telefon clone dan cuba mempasarkannya dengan iklan telefon clone. Walaupun begitu tetap ada orang yang beli telefon tu dan orang yang belinya adalah orang yang mempercayai dirinya.
Nak bina kepercayaan di media sosial ni, sentiasa post dan update diri di media sosial. Memuat naik gambar selfie terkini dan setiap kali ada pesanan barang online cuba post ke dalam timeline untuk memaklumkan anda penjual yang sah.
Untuk bina kepercayaan ni bukan mudah dan mengambil masa sebab itu perlu dilakukan dengan konsisten dan jangan sesekali menipu pelanggan anda, biar untung sikit tapi nama anda naik sebagai penjual yang dipercayai. Hari ini mereka mempercayai anda sebagai seller yang jujur tapi esok hari mereka membeli dengan anda kerana mereka mempercayai anda seterusnya memudahkan anda untuk berniaga dengan mereka.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat