Comfort zone bermakna kawasan selesa dan ayat ini selalunya ditujukan bagi orang yang bekerja makan gaji. Comfort zone adalah keadaan dimana anda sudah berada di zon selesa di dalam pekerjaan anda.
Zon selesa tidak bermaksud anda sudah berada di tahap kaya raya tapi bermaksud di tahap yang anda sudah mampu meneruskan kehidupan dan pekerjaan yang tetap.
Ramai yang berada di zon selesa tidak sanggup keluar dari comfort zone kerana takut menyahut cabaran dan tak nak memeningkan kepala untuk mencari duit yang lebih banyak.
Untuk tinggal di comfort zone itu tidak salah tapi untuk menjadi kaya dan mengubah diri anda perlu keluar daripada zon itu dan mencari zon yang baru untuk anda maju kehadapan. Comfort zone bukan bermakna anda perlu keluar dan mula berniaga tapi jika anda keluar mencari kerja baru untuk gaji yang lebih mahal itu juga bermakna anda keluar daripada comfort zone.
Kalau dulu gaji anda RM 3000, tapi dengan berhenti kerja dan mencari gaji yang lebih lumayan itu juga bermakna anda telah keluar dari comfort zone lama kepada comfort zone baru.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat
