Kenapa TONE WOW??? Sebelum ni saya dah buat banyak bisnes part time, jual jam, jual powerbank, jual serunding halia, jual burger dan pernah juga jual penapis air.
Semua yang saya jual tu adalah active income, maksudnya kalau jual atau dapat sales, dapatlaH income, tapi kalau tak menjual saya takkan dapat apa-apa komisen so termenung jela bulan tu.
Saya mula join TONE WOW pada 2016, awalnya saya hanya user biasa dan start pertengahan tahun 2016 saya mula menjual simcard ni, alhamdulillah dapat jual tapi saya tak buat betul-betul, main tangkap muat jer. Cosed sebulan dalam 3-5 org macam tu dapat la income berpuluh ringgit.
Lepas tu saya stop buat. sebab apa tu??? Sebab saya join bisnes penapis air, perghhh income dia boleh berganda-ganda dari income TONE WOW yang saya buat tu. Saya terus 100% tinggal TONE WOW dan fokus buat bisnes penapis air.
2017 saya gah jual penapis air sampai penah dapat sales 6-9k sebulan. Bestkan, tetapi langit tak selalu cerah, sales saya merudum pada hujung 2017. Dari 8k turun ke 5k turun ke 3k turun 1k pastu turun ke ratus-ratus sebulan.
Ada satu tahap sebulan saya tak dapat apa-apa income pun dari penapis air sebab tak dapat jual 1 pun dalam masa sebulan mungkin sebab persaingan. Lepas tu saya pulun buat burger pulak.
Kenapa TONE WOW?? Dalam masa jualan penapis air saya menurun masa tu benda yang saya nampak adalah satu komisen ni mantain je, tak pernah turun iaitu komisen TONE WOW. Masa tu komisyen saya puluh-puluh ringgit sahaja tetapi setiap bulan masuk ke akaun bank saya walaupun dah dekat 1 tahun tak closed sales? masa tu saya baru sedar, ini kalau aku buat betul-betul memang boleh meletup income. Pasif Income pulak tu.
Oktober 2018 hingga hujung 2018 saya tekad buat balik TONE WOW sebab potensi income nya boleh capai 4, 5 dan 6 angka sebulan.
Awal 2019 dan awal 2020, saya terus fokus buat TONE WOW sehingga capai 1k yang pertama pada May 2019 kalau tak silap. Terus naik pangkat (auto upgrade) dan selepas tu saya dah tak pandang belakang dah terus buat sampai naik 2k, kemudian naik 3k sebulan, naik dan naik lagi dan target saya SOON in sha Allah 10k sebulan.
Alhamdulillah. Doakan saya ya, semoga sharing saya ni boleh menjadi inspirasi kepada semua rakan-rakan. Buat la apa-apa bisnes pun tapi kena ada BIG WHY dan konsistensi.
Tapi kalau tanya saya, saya akan jawab TONE WOW antara platform terbaik yang anda patut cuba sebab bermodalkan RM12.50 anda dah boleh jadi dealer dan dah boleh ubah hidup anda in sha Allah?
Ramai yang fikir kalau tak jadi macamana pulak? Dia tak fikir kalau jadi pulak macamana kan? Be positif aura dan circle positif tu akan datang sendiri
???. Jadikan ianya sebagai backup plan atau spare tyre kita di masa akan datang nanti #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat