Ramai orang fikir yang nasihat dan motivasi itu hanya boleh didapati dengan melihat kejayaan sahaja. Tapi ramai tidak sedar dari kegagalan dan kesalahan juga dapat mengajar kita banyak perkara.
Jadi belajarlah dari kesilapan diri sendiri atau orang lain supaya tak ulangi kegagalan tersebut. Semak 5 kesilapan ini yang wajib korang elakkan di USIA MUDA.
1. Beli kereta mewah
Ye, siapa je taknak kereta baharu dan mewah kan? Semua orang bercita-cita memiliki kereta idaman. Itu tidak salah, saya juga ada cita-cita itu tapi yang salahnya ialah baru sahaja kerja sebulan dua terus nak beli kereta lambang H dan semua yang mewah-mewahlah. Kita sepatutnya beli kereta untuk memenuhi tuntutan keperluan dahulu dan mestilah ngam dengan gaji kita supaya hidup tak stress hanya bayar hutang sana-sini.
2. Masih amalkan gaya hidup mewah
Waktu korang masih bergelar student tiada masalah untuk bermewah-mewah sebab boleh guna duit mama papa korang yang berwang. Tapi bila dah habis belajar, takdelah korang masih nak mengharapkan duit mereka lagi kan? Mmglah mak ayah akan support tapi sampai bila? Esok lusa nak kawin tak nak harapkan mama papa korang sepenuhnya kan. So amalkan cara hidup bersederhana.
3. Berhutang untuk majlis kahwin
Setiap pasangan inginkan moment yang terindah pada hari bersejarah mereka, tapi apakah makna indah untuk satu hari tapi menangung beban sepanjang perkahwinan? Majlis yang indah pada majlis perkahwinan tidak menjamin kebahagian yang abadi. Jadi daripada korang berhutang baiklah korang kumpul sikit-sikit hasil dari income part time korg.
Penulisan ini adalah pendapat dan pengalaman daripada admin sahaja. Kongsikan kpd orang yang anda sayang supaya mereka tidak melakukan kesilapan ini. #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat