Kesihatan mental juga sama penting seperti kesihatan fizikal, ramai orang yang memandang fizikal itu penting tetapi lupa untuk memandang adakah mental sedang berada dalam keadaan sihat. Disebabkan inilah ramai yang hidup dalam keadaan tertekan dan mengalami depression dalam hidup.
Untuk itu kita perlu menjalankan hidup yang seimbang di antara kerja, life style dan juga keluarga supaya kita sentiasa positif dan tidak mengalami depression serta lagi parah mengalami kesihatan mental yang lain.
Jika di Korea kehidupan mereka sangat sibuk dan mereka mengamal kan budaya 빨리빨리 (pali pali) yang bermaksud cepat. Mereka selalu melakukan perkara dengan cepat dan pantas sehingga menyebabkan ramai antara mereka tak kira lah golongan pelajar atau pun pekerja mengalami depression. Tetapi di Malaysia masalah depression ini kurang berlaku berbanding korea tapi tak bermakna tiada yang mengalami masalah depression.
Disebabkan itu penting untuk gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberi, tukar gaya hidup dengan mengikut jumlah gaji dan luangkan masa bersama ahli keluarga. Moga hidup anda akan lebih bahagia selepas ini.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat