Sabar merupakan antara kunci untuk mencapai kejayaan di dalam hidup, orang yang tak sabar dalam berbuat sesuatu tidak akan memperoleh kejayaan. Contohnya sabar dalam belajar, tahan diri daripada buat perkara tidak berfaedah dan fokus untuk mengulangkaji pelajaran.
Kalau di sekolah anda perlu tahan sabar penatnya mencari ilmu tetapi di alam pekerjaan anda perlu sabar dalam pekerjaan mahupun perniagaan anda untuk mendapatkan wang akhirnya. Kalau anda makan gaji anda perlu tahan sabar dengan kerenah orang atasan anda dan politik pekerjaan. Tetapi kalau dalam berniaga anda perlu tahan sabar untuk menggunakan duit modal, sabar dengan kerenah pekerja dan sebagainya.
Jika anda menggunakan duit untung perniagaan untuk kegunaan peribadi tanpa buat aturan berapa banyak duit perlu dilaburkan semula dalam perniagaan. Perniagaan anda mungkin akan berhenti setakat itu sahaja tanpa mampu pergi jauh.
Disebabkan itu dimana sahaja anda pergi tidak kiralah belajar, bekerja mahupun berniaga penting untuk anda mengamalkan sifat sabar dan tidak bertindak terburu – buru
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat

