Kejayaan tidak mudah dicapai tetapi kegagalan akan datang dengan sendiri tanpa perlu menjemputnya jika anda tidak fokus dan komited dengan apa yang anda lakukan. Disebabkan itulah kita boleh lihat orang berniaga ada prinsip tersendiri dan ketabahan berbanding orang yang kerja makan gaji.
Dalam perniagaan anda boleh gagal dengan pelbagai cara, tak kira lah berpunca dari diri sendiri atau berpunca dari orang luar. Tetapi apa yang kita mahukan adalah bagaimana untuk melawan dan terus menuju ke hadapan sampai lah berjaya.
Definisi berjaya pula anda yang tetapkan, ada orang menganggap mendapat kerja tetap di kerajaan adalah kejayaan, ada juga menetapkan dengan mengumpul aset dan tanpa hutang adalah kejayaan. Ada juga yang menggangap membesarkan anak dan menjadi orang yang berguna itu adalah kejayaan. Setiap orang beza sasaran dan gol di dalam kehidupannya.
Usaha dan jangan berputus asa walau apa pun anda buat, carilah kelemahan jika perkara yang sedang anda buat mengalami masalah. Paling penting sentiasa tambah ilmu supaya kita tahu apa yang patut dilakukan ketika berhadapan masalah
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat