Bermula dengan angan-angan, kini ia menjadi kenyataan. Pada hari ini, kami wakil dari program Tone Wow Prihatin dapat berkongsi rezeki dengan beberapa buah keluarga yang terkesan kerana pandemik Covid 19 ini. Diharap dengan bantuan yang tidak seberapa ini dapat membantu ringankan beban mereka sekeluarga.
Hati rasa sebak bila lihat wajah mereka yang menerima sumbangan dan juga terharu apabila didoakan oleh mereka, semoga perniagaan Tone Wow terus maju dan murah rezeki. Semoga terpalit doa mereka untuk kejayaan kita semua. Terima kasih juga buat ejen Tonewow yang telah menyumbangkan duit untuk program bantuan ini.
Kami ingin membuat satu tabung Prihatin Tone Wow. Dimana anda juga boleh menyumbang untuk membantu saudara kita yang susah. Di musim covid ini, terlalu ramai yang terkesan. Hingga nak membeli beras pun terpaksa catu duit. Jadi dengan adanya program Tone Wow Prihatin ini dapat meringankan beban mereka InshaAllah.
Doakan supaya program Tonewow Prihatin ini terus aktif dan konsisten memberi bantuan setiap bulan.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat