Tibanya tahun baru ini, lupakan lah buku yang lama dan buka lah buku yang baru. Tak ada makna kita berdendam atau tidak berpuas hati dengan orang lain sekalipun orang itu pernah membuat onar dengan kita!
Jika tahun lepas anda gagal dalam berniaga Tone Wow, buka buku baru dan cari kelemahan anda yang ada pada tahun lepas. Bukalah buku baru dan yakin anda boleh berjaya seperti orang lain dan dapat income yang banyak daripada Tone Wow inshaAllah.
Jangan biarkan masa lepas anda menghantui anda secara negatif, jadikan apa yang berlaku pada tahun lepas sebagai pengajaran. Buku baru itu ibarat kertas putih yang anda mahu lukis dengan warna yang cantik, ianya untuk menghias tahun 2021 dengan perkara yang indah.
Saya berharap sesiapa saja yang pada tahun lepas tidak dapat keputusan yang memuaskan dapat berusaha dengan lebih baik pada tahun ini tanpa berputus asa dan sentiasa berfikiran positif jangan biarkan fikiran negatif mengawal anda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat