Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan sesekali ikut emosi, kerana kadang kala emosi itu membuatkan perkara yang sedang dilakukan itu bertambah buruk. Belajarlah mengawal emosi supaya setiap pekerjaan yang anda lakukan itu lancar dan tidak ada masalah.
Saya beri contoh ketika bekerja, jika seseorang itu mengikut emosi marah maka pergaduhan sama ada bersama rakan sekerja, client atau pun pelanggan bakal terjadi. Tapi kalau seseorang itu bertindak mengikut akal maka semua ini boleh dielakkan.
Memang tak dinafikan dalam tempat kerja akan ada politik pekerjaan, akan ada staff yang tidak suka, pelanggan yang kurang ajar. Tapi kalau kita layan emosi, kita akan berputus asa dan tak mahu bekerja sampai ke tua. Sebab itulah jangan sesekali mengikut emosi ketika bekerja.
Jika muncul perasaan itu segera buang dan ingatkan diri ini adalah pekerjaan, gunakan akal ketika bekerja. Kerja apa pun di dunia ini memang kadang kala akan muncul pelbagai perasaan, kita perlu bertindak profesional dalam apa jua yang kita lakukan.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat