Bagi orang yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang perniagaan, untuk mendapat restu dari ibu bapa amatlah sukar bukan kerana mereka tak mahu anda berjaya dalam berniaga tetapi mereka risau akan masa depan anda.
Kalau kerja di bawah orang, gaji sudah tetap dan tidak berkurang bahkan boleh bertambah dengan adanya bonus dan insentif yang lain. Cuti juga dibayar gaji berbeza dengan berniaga yang hanya akan dapat untung apabila bekerja dan berjaya buat sales, jika berniaga tapi tidak dapat sales anda tidak akan dapat duit dan bercuti juga anda tidak akan ada komisyen.
Sebab itulah, untuk orang yang baru berniaga kalau ibu bapa anda bukan seorang yang suka mencabar diri atau fikiran terbuka. Lebih baik rahsiakan dahulu akan kerjaya anda yang baharu dan apabila sudah sampai ke tahap untung yang banyak sehingga mengalahkan orang kerja makan gaji. Waktu itu barulah tunjuk akan statement bank kepada ibu bapa anda.
InshaAllah anda akan mendapat restu ibu bapa, seterusnya doa ibu bapa agar anda sentiasa berjaya dalam bisnes yang anda lakukan.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat