Membuat Sijil SSM untuk yang baru start berniaga adalah langkah yang bijak untuk mengelakkan masalah di depan hari serta memudahkan beberapa urusan perbankan. Dengan SSM juga boleh mengelakkan daripada ditangkap pihak bertanggungjawab kerana berniaga online tanpa izin.
Kebiasaan peniaga Online yang bijak akan membuat akaun bank baru bertujuan untuk berniaga dan bukan untuk simpanan peribadi. Jika anda asingkan antara akaun berniaga dan juga akaun simpanan. Lebih mudah untuk mengasingkan duit perniagaan dan simpanan peribadi berbanding menyimpan hanya di dalam satu akaun. Bahkan ketika anda perlu membayar cukai, pengiraan dapat dibuat dengan lebih tepat dan cepat.
Selain daripada itu, dengan adanya sijil SSM anda dapat mengasingkan gaji setiap bulan serta jualan syarikat ,seterusnya memudahkan urusan anda untuk membuat pinjaman sama ada untuk membeli rumah atau kenderaan. Bank lebih mudah memberi pinjam bagi pelanggannya yang selalu mendapat gaji yang tetap.
Anda juga akan lebih fokus dalam berniaga kerana anda telah membuat satu syarikat dan perlu bertanggungjawab atas syarikat tersebut.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat
