Orang dah sambut hari kidal kita baru terkial nak sambut maafkan min ya semua.
Di kesempatan ini, min nak ucapkan “Selamat Hari Tangan Kidal kepada 3.27Juta Rakyat Malaysia”.
Ini fakta-fakta menarik yang min perhatikan dan baca mengenai individu kidal.
1. Hanya 10% (kini Tahun 2020, 708 juta orang) daripada seluruh populasi dunia merupakan individu kidal.
2.Kebanyakan daripada individu kidal berjantina lelaki.
3.Individu kidal lebih mudah melihat apabila berada dalam air.
4.Golongan bangsawan dan penemuan banyak terdiri daripada individu kidal seperti Issac newton, Albert Einstein, Ratu Elizabeth II dan Putera William.
5.Orang kidal boleh menggunakan kedua tangannya untuk melakukan aktiviti, contohnya menulis dengan tangan kiri dan makan menggunakan tangan kanan.
6.Individu kidal lebih kreatif dan berjiwa seni seperti Leonardo Da Vinci yang terkenal dengan lukisan Monalisa.
7.Individu kidal lebih jaguh dalam aktiviti sukan seperti Lionel Messi dan Rafael Nadal.
Banyak lagi fakta menarik yang boleh kita dapati mengenai individu kidal, namun jangan percaya bulat-bulat kerana ianya cumalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman min.
Untuk individu kidal, jangan rasa diri anda ‘disisihkan’. Tetaplah meneruskan kehidupan dengan bahagia. #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat