Walaupun sudah masuk tahun 2021 tapi apabila nak masuk tahun baru sahaja, antara strategi pemasaran yang saya guna adalah “Kalendar”. Saya akan edarkan kalendar di setiap kawasan perumahan. Ini adalah teknik Online to Offline (O2O). Mereka akan mula whatsapp, dan kita akan jumpa mereka untuk berikan simkad.
Pemasaran kita akan mula berkembang dari 1 orang kepada 1 keluarga. Tetamu yang datang ke rumah juga terlibat sama asbab dari kalendar. Teknik ini sama seperti teknik flyers yang digunakan oleh taikun-taikun bisnes perabot, pasaraya, bahkan Ahlong juga!
Mereka akan edarkan flyers promosi mereka dari rumah ke rumah. Pasti ia efektif, jika tidak kenapa hingga sekarang mereka masih gunakan cara ini. Walaupun sudah masuk tahun baru 2021, pemberian kalendar pada bulan januari tetap boleh dijalankan kerana tak semua orang yang ada kalendar di rumah.
Tapi masa untuk mengedarkan kalendar di hujung tahun 2021 amat singkat dan perlu cepat untuk diedarkan sebelum masuk pertengahan bulan januari supaya orang masih berminat untuk memiliki kalendar 2021.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat