Alhamdulillah, harini min ada rezeki beli laptop baru.
100% tajaan dari Tone Wow ?
Terima kasih Tone Wow?
So harini min rasa terpanggil nak share beberapa tips sebelum buat keputusan beli laptop. Semoga apa yang min share bermanfaat untuk korang semua✌️
.
1. “Kenali laptop anda”?
Setiap laptop memiliki Processor,Operating system,Graphic card, Display, Memory, Storage yang tersendiri. Jadi korang perlu tahu jenis dan laptop korang. Ini penting sebab korang nak tahu bahagian mana nak upgrade.
“Adakah perlu beli laptop terus atau upgrade part tertentu sahaja?”
2. “Upgrade part tertentu”
Bila korang dah tau kat mana kekurangan, korang boleh upgrade part tertentu sahaja tanpa beli laptop baru. Sudah pasti lebih jimat dripada beli laptop baru terus.
Contoh masalah korang kurang RAM, maka upgrade sahaja RAM.
Habis dalam ratus angka shaja daripada ribu angka beli laptop baru. TAPI! kalau kos upgrade keseluruhan lebih mahal atau setara dengan harga laptop, baik beli baru terus, haha.
.
3. “Kenal pasti Demand”
Demand ni keperluan yang korang perlukan ikut bidang masing. Contoh, demand laptop seorang student tak sama dengan video editor. Guru tak sama dengan gamer. Faham point ni?
Baguss?
4. “Tanya pendapat kawan yang pakar bab IT”
Min ni tak tahu sngat bab-bab laptop ni jadi sebelum buat keputusan nak beli laptop, kita tanya dulu kawan2, spesifikasi apa yang sesuai dan model latest.
.
5. “Survey Harga dan Brand yang paling sesuai”
Banyak brand laptop yang keluar harini, antaranya Asus, Hp atau Dell.
Mungkin sepesifiksi sama tapi harga berbeza. Kat sini kita kena jadi pengguna yang bijak untuk memilih.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat