Bagi peminat drama Korea, mesti korang perasan kan, sekarang ni SBS tengah ulang tayang drama terbaik mereka sejak 2010 sempena ulang tahun ke 10 SBS. Mesti korang happy kan
Haa, dah kebetulan ni, saya nak kongsi sikit pandangan saya tentang drama Korea. Hehe ni semua pandangan peribadi saya saja ye. Bagi saya kebanyakan drama Korea mempunyai jalan cerita yang menarik. Kebanyakan jalan cerita tidak hanya tertumpu kepada kisah cinta semata.
Contohnya drama Deep Rooted Tree yg sedang ditayangkan, adalah tentang perjuangan Maharaja Sejong (King Sejong The Great), membangunkan kaligrafi Hangeul dan bagaimana beliau memajukan Joseon selain dari tentangan dari kumpulan rahsia Akar Tersembunyi (Hidden Root).
Diorang ni berdendam dengan Maharaja Tejong ayah Maharaja Sejong yang telah membunuh kesemua ahli kecuali Jong Gi Joon anak pengasas kumpulan tersebut. Maharaja Tejong raja yang sangat kejam, sehinggakan Perdana Menteri (ayah mertua Maharaja Sejong) pun dibunuhnya.
Cerita ni memang best. Rugi korang tak tengok. Masa saya mula-mula tengok cerita ni tahun 2011, saya rasa terkesima, bagaimana mereka boleh menerbitkan sebuah drama sejarah yang sangat bagus.
Saya terfikir, kenapa kita tak ada drama sejarah macam diorang? Tak de ke pengarah yang nak buat drama bersejarah kat Malaysia ni? Walhal kita ada ramai pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Rentap, Tun Sambanthan, Antanom dan ramai lagi.
Kita ada banyak kisah untuk diceritakan, seperti Perjanjian Pangkor, sejarah tertubuhnya Kuala Lumpur, kisah pembunuhan J.W.W Birch, Botak Chin, Batang Kali dan banyak lagi.
SBS ada banyak drama bagus. 1 lagi drama yang sangat bagus ialah Remember. Drama ini berkisah tentang seorang anak (Jin Woo), yang menjadi peguam untuk membalas dendam ke atas Nam Gyu Man, spoil brat yang psycho yang telah memfitnah ayahnya seorang pesakit dementia, membunuh seorang gadis.
Kyu Man telah secara tak sengaja terbunuh gadis tersebut ketika dalam pengaruh dadah dan alkohol. Sedih cerita ni. Jin Woo akhirnya dapat membersihkan nama ayahnya tetapi sayangnya ketika itu ayahnya sudah pun mati semasa di dalam tahanan penjara. Lebih sedih, Jin Woo yang super genius juga akhirnya kehilangan 100% daya ingatan. Sedih sungguh ?.
Selain dari 2 cerita ni, ada banyak lagi cerita best dari SBS. Pinocchio, I Hear Your Voice, Doctors, Good Doctor, Romantic Doctor Teacher Kim hahaha banyaklah. Jenuh menulis. Selain dari SBS, KBS, Oh K dan tvN juga tidak kurang dengan cerita hebat mereka. What’s Wrong With Secretary Kim, Descendants of The Sun, W, Mother, Master of Study, Strong Woman Do Bong Soon, Weightlifting Fairies menamakan sebahagian dari ratusan drama terbaik Korea.
Ini baru drama, belum lagi filem Korea. Parasites, Witness, The Throne, Taxi, memang tak habis nak tulis. Bagi saya kebanyakan drama atau filem Korea digarap dgn sangat baik dan teliti. Pengarah yg bagus, pelakon mantap dan jalan cerita padu, menghasilkan drama yg berkualiti.
Drama berhantu ?. Saya dan anak-anak mudah mengingati sejarah Korea hanya melalui drama mereka. Rusuhan di Gwangju misalnya dari filem Taxi, kekejaman Maharaja Tejong dari drama Princess Man, kehebatan Maharaja Sejong dari drama Deep Rooted Tree dan nama tempat atau makanan tradisi rakyat Korea dari Running Man atau dan siri variety yang lain.
Mereka menggunakan drama, filem atau variety memperkenalkan Korea ke mata dunia. Satu cara promosi yang sangat efektif. Alangkah bagusnya jika satu hari nanti, kita juga dapat menonton drama Melayu yang berkualiti bukan hanya cerita tentang cinta, anak dato’ yang berkereta mewah, atau perebutan harta sesama keluarga. Semoga lebih banyak filem seperti yang terhasil dari insan hebat seperti Allahyarham P Ramlee, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin atau Dato Rahim Razali. Karya hebat seperti Pulang adalah bukti kita masih punya pemikir filem yang kritis dan realistik bukan hanya khayalan semata.
Hehe panjanglah pulak celoteh kali ni. By the way korang kalau nak tengok cerita Korea boleh je download dari Drama Nice kat Google. Taip je nama drama atau filem korang tengok. Kalau korang nak download, pastikan simkad korang simkad yang internetnya internet berkelajuan tinggi. Ha, bila download tak de lah lembap macam kura-kura kan.
Kawan saya husband dia jeles tengok wife dia selalu download citer korea tapi data masih berlambak dahlah laju macam roket. Rupa-rupanya wife dia guna simkad Tone Wow. Sekarang husband dia nak tukar Simkad M kepada simkad Tone Wow, sebab simkad Tone Wow katanya plan data dia memang jimat lagi berbaloi.
Dengan bertukar ke simkad Tone Wow, dia cuma perlu topup rm50, tapi boleh dapat data 89gb (highspeed 74gb). Lagi best, data highspeed tak habis boleh carry forward . Haha mana tak jeles dibuatnya. Itu yang hilang akal dia tgk wifenya guna simkad Tone Wow tak de buffering. #PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat