Media sosial merupakan tempat kita berhubung dengan orang lain, walaupun banyak kebaikan dalam media sosial terdapat juga keburukan menggunakannya terutama apabila seseorang itu tidak dapat menahan kemarahan. Yang menyebabkan impak kepada diri dan juga orang disekitarnya.
Ketika sedang marah, emosi memainkan peranan dan kadang kala kita tersalah sebut dan melampau ketika memuat naik sesuatu status, terutamanya jika anda sedang marah dengan ahli politik. Masalah anda yang kecil boleh menjadi besar hanya kerana satu status di media sosial.
Elakkan update post di Facebook atau mana-mana media sosial ketika anda sedang bergaduh dengan suami anda, kawan anda, client anda. Hubungan anda yang sebelum ini terjalin erat boleh rosak apabila melibatkan orang ketiga, kawal lah emosi anda.
Waktu yang terbaik untuk memuat naik status adalah ketika anda sedang berfikir dengan waras tanpa melibatkan emosi seperti marah. Kata orang jangan berjanji apabila sedang gembira dan diam ketika sedang marah, ketika gembira boleh jadi kita janji dengan jiran sebelah rumah untuk belikan dia kereta baru sempena hari jadi jiran, tetapi kalau ikut emosi kita tahu kemampuan kita tahap mana.
Untuk orang berniaga, penting memuat naik status dalam keadaan minda terkawal dan tidak tergopoh gapah. Setiap iklan dan status yang anda muat naik ada yang memerhati yaitu pengikut di media sosial.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat