Good money management atau pengurusan duit yang baik amat penting dalam kehidupan seharian, tak kiralah anda bekerja ataupun berniaga sendiri. Setiap daripada kita wajib menguruskan duit dengan cermat supaya tidak membazir dan akan sentiasa ada duit setiap bulan.
Tanpa pengurusan duit kehidupan anda akan menjadi seperti roda, pada awal bulan anda penuh dengan duit dan boleh makan makanan mewah tetapi pada akhir bulan anda kekurangan duit dan terpaksa mencatu makanan. Kesannya anda tidak dapat menyimpan wang di dalam bank dan paling teruk anda terpaksa meminjam kepada orang lain duit.
Ketika dapat gaji penting untuk asingkan sewa rumah, bill eletrik dan air, kelengkapan dapur, kenderaan bulanan, belanja diri dan nafkah untuk isteri dan anak. Kalau mampu 10% daripada gaji beri juga kepada ibu bapa supaya kehidupan berkat dan rezeki senang masuk dan selebihnya simpan dalam bank atau buat akaun ASB.
Memang betul menyimpan duit tidak akan buat anda kaya, tapi simpanan merupakan tabung kecemasan keluarga. Jika anda ada anak dan anak anda perlukan duit untuk masuk universiti duit simpanan lah yang akan digunakan untuk menampung kos anak belajar. Untuk menjadi kaya penting untuk anda laburkan semula duit ini saya bagi contoh ke ASB atau labur ke dalam bisnes, perniagaan paling senang dan murah adalah jual Simkad Tone Wow.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat