“Akak dah berapa lama buat bisnes ni? Cara akak marketing tu buat saya kagum”. Tiba-tiba ada orang whatsApp sebegini tanya tips berniaga sedangkan saya baru sahaja bermula.
Saya bukanlah agent yang hebat, yang sudah ada income beribu ribu sebulan buat bisnes Tone Wow tapi soalan adik sorang ni buat saya rasa terharu dan tersentuh.
Perasaan down itu perkara biasa dalam berniaga baik berniaga secara “offline” mahupun “online”. Sebab apa ??? sebab kita manusia bukannya robot. Ada masa kita semangat, walaupun orang kutuk, makin hina, kita steady n kuat tapi ada masa kita down dan perlukan seseorang untuk kembalikan semangat tu.
Kat sini, saya nak tekankan, dalam Tone Wow kita ada sistem support yang sangat bagus. Daripada HQ TONE WOW sendiri sudah disediakan preview live setiap rabu malam. Mereka yang sudah berpengalaman dan mencapai 6 7 angka sebulan dijemput khas untuk berkongsi tips bagaimana mereka menjalankan perniagaan Tone Wow.
Jujur dari saya, ilmu yang disampaikan cukup luar biasa kerana mereka berkongsi apa yang mereka lalui dan amalkan sehingga mereka berjaya sekarang. Saya cukup terkesan dengan setiap perkongsian mereka kerana benar-benar membuka mata dan pemikiran saya betapa beruntungnya kita sudah ada di platform yang betul.
Bukan itu sahaja, cabutan bertuah RM50 untuk mereka yang dapat menjawab soalan dengan tepat dalam sesi preview juga disediakan oleh HQ Tone Wow. Apa yang saya sangat bersyukur adalah sokongan daripada group support Tone Wow iaitu di group Tuan Hafidz Arif. Beliau sangat banyak memberi motivasi, ilmu marketing, pelbagai insentif seperti tshirt Merdeka, sweater Tone Wow, insentif cash dan macam-macam lagi. Semua bahan sudah disediakan dan boleh dirujuk di fb page Info Tonewow Hafidz arif. Saya sangat kagum dengan beliau kerana beliau sanggup menyediakan bahan marketing dari A- Z kepada semua ahli.
Jadi, dengan Tone Wow, semuanya sudah tersedia. Kita sahaja yang perlu bertindak. Bila ada perasaan down, group support sangat membantu. Bak kata Tuan Muhammad Taqiyyudin, kalau down, cari orang yang perkenalkan bisnes Tone Wow ni, ataupun rakan2 seperjuangan yang lain. Jangan pula berjumpa dengan lawan kita yang mungkin akan menambah pemikiran negatif.
Sekali lagi, say tekankan, kalau down, positifkan semula pemikiran dan cari sebab yang kuat mengapa kita berniaga. Itulah fungsinya group support dalam Tone Wow, saling beri sokongan walaupun tidak kenal , tidak pernah berjumpa tetapi rasa sudah lama kenal mereka. Inilah nilai yang saya belum jumpa dalam bisnes2 sebelum ni, tetapi ada dalam Tone Wow. Terima kasih Tone Wow
#PenulisanHA
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat