Untuk kita menjadi pengedar simkad yang hebat, pertama kita mesti melatih diri untuk berani berdepan dengan “Rejection”.
Jumpa saja masalah kecil-kecil, anda tahu apa nak buat. Jumpa saja orang yang perangai pelik, anda tahu macam mana nak uruskan. Jumpa soalan yang anoyying, anda dah pandai jawab dengan fakta dan berhemah.
Jumpa puak yang suka kondem itu ini, anda sudah tahu bagaimana mahu lari sejauh jauhnya. Jumpa orang yang kuat bertanya, dari mata dan cara jawabnya pun, anda sudah tahu dia serius atau pun tidak.
Bila anda sudah plan sesuatu dengan cara A dan ia gagal, anda sudah mula bertukar ke cara B. Bukan tukar plan.
Anda sentiasa Flexible dengan cara dan tiada masalah untuk bertukar pendirian dan idea jika ia membantu anda capai matlamat.
That is why pengedar simkad yang hebat, adalah mereka yang sudah sudah lali dengan rejection.
Micheal Jordan telah gagal 9,000 Kali dalam balingan dan telah kalah hampir 300 Kali. Kerana kegagalan inilah menjadikan dia Pemain Bola Keranjang terulung dunia.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat