Marketing merupakan senjata anda dalam berbisnes, jika perniagaan kurang menguntungkan maka kelemahannya ada di dalam marketing. Syarikat besar seperti celcom, maxis masih lagi mengamalkan marketing baik di tv mahupun media sosial. Mereka mengeluarkan jutaan ringgit untuk menghasilkan video iklan.
Marketing memang perlu akan kos untuk berjalan tetapi dalam masa yang sama marketing lah satu satunya jalan untuk mengenalkan produk kepada pelanggan baru serta pelanggan tetap. Orang boleh ingat pada produk anda jika anda selalu mengiklankannya baik di media sosial mahupun TV.
Tapi setiap daripada marketing itu perlu di semak keberkesanannya sama ada berkesan atau tidak. Contoh anda mengeluarkan RM 3000 untuk marketing. Adakah anda berjaya mendapatkan untung RM 4000 yang melepasi harga marketing yang anda keluarkan?
Jika anda berniaga produk seperti barang kosmetik, penting untuk kos marketing lebih rendah daripada keutungan. Tapi kalau anda berniaga Tone Wow, boleh jadi pada permulaan kos marketing lebih tinggi daripada keuntungan kerana kita mengejar untung komisyen tetap berbanding untuk jualan runcit simkad. Tapi kalau anda berjaya menembusi untung jualan simkad berbanding kos marketing bermakna anda memang seorang peniaga hebat.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat