Mulut boleh menjadi senjata yang tajam dan mulut juga boleh menjadi lebih manis dari madu. Seperti tajuk di atas jangan sesekali berkata perkataan yang kasar kepada orang lain. Tidak kiralah sama ada orang itu ahli keluarga, sahabat handai mahupun orang tak dikenali.
Dengan mulut boleh menyebabkan pergaduhan apabila anda bercakap kasar dengan orang lain. Sekali anda bercakap kasar dan memaki orang, potential pelanggan anda semakin kurang. Bahkan boleh memburukkan diri anda apabila perkara ini tersebar.
Berkatalah perkataan yang baik dan tidak mengeluarkan carutan baik di mulut mahupun ketika menaip sesuatu. Sentiasa berfikir apa yang perlu dikata sebelum bercakap lebih baik daripada bercakap tanpa berfikir sehingga membuatkan seseorang itu berasa sedih.
Berkata yang baik dan tidak mencarut dapat membuatkan orang berasa suka dengan anda dan selesa apabila mahu berurusan terutama apabila menjual beli dengan anda. Ingat walau orang cakap buruk pasal anda, tenang dan bersabarlah dan jangan balas keburukan dengan keburukan. Orang cakap kasar dengan kita cuba cakap dengan tenang dan keluarkan perkataan yang baik
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat
