Pernah dengar tak Time Capsule? Time Capsule adalah barang yang ditanam untuk dicari oleh orang masa depan, kebiasaannya Time capsule diisi dengan barang seperti fashion baju, barang yang penuh dengan kenangan serta surat. Tapi bergantung juga dengan individu yang ingin kotak itu ditemui pada masa depan, jika mereka sanggup melepaskan barang berharga tersebut tidak menjadi masalah pun
Time Capsule bukan sahaja untuk orang lain menemui kotak anda dengan tidak sengaja, kadang kadang rakan sekolah juga mengumpul barang yang penuh kenangan dan ditanam. Setelah 10-20 tahun mereka pergi ke kawasan barang yang ditanam tersebut untuk membaca memori mereka ketika masih kecil, barang yang ditanam serta surat yang ditulis juga telah dilupai oleh orang yang menanam time capsule dan semua itu akan menjadi nostalgik dan romantik.
Surat untuk masa depan ini lebih kurang sama konsepnya dengan Time Capule, surat ditulis untuk dihantar kepada diri sendiri pada masa depan. Tak semua orang buat surat ni, tapi surat ditulis untuk mengingatkan semula apa yang diri sendiri fikir pada tahun sebelum nya. Jika membaca surat dalam Time Capsule mungkin anda akan menangis kerana sebak membaca surat anda sendiri yang menasihati anda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat