Sebagai peniaga online, saya perlu mengiklan di Facebook atau pun Instagram?
Sebelum kita nak tahu kita patut lebih aktif di platform mana satu, kita patut kenal dahulu siapa target market kita. Perlu tahu, target market dan cara mengiklan di Instagram dan Facebook sangat berbeza. Jika target market kita umurnya lingkungan belasan tahun hingga 30an, Instagram ialah platform yang terbaik.
Untuk kita aktif dan mengiklan. Cara pendekatan dan mengiklan berbeza dengan crowd yang ada di Facebook. Jika target market kita berumur lingkungan 40an ke atas, Facebook ialah tempatnya. Ini kerana golongan ini lebih banyak lepak di Facebook berbanding Instagram. Dan golongan ini juga ramai yang sudah berkahwin, punya anak, dan sudah mempunyai stabiliti dalam hidup. Jika kita menjual produk yang harganya sedikit mahal, lebih elok menjual di Facebook. Jelas?
Kita sudah bolehmeninggalkan pengiklanan secara tradisional mainstream media seperti TV, dan surat khabar. 4 – 5 tahun kebelakangan ini kita dapat lihat semakin kurang orang menonton tv dan semakin banyak yang online di media sosial, syarikat penerbitan akhbar gulung tikar kerana ramai antara kita juga baca berita di Facebook dan di portal online. Sebab itu belajarlah cara untuk mengiklan di media sosial.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat