Banyak perniagaan yang telah tutup dan berdepan masalah kewangan ketika dilanda pandemik covid 19, saya bagi contoh cyber cafe terpaksa ditutup kerana tidak mampu membayar kos yang tinggi setiap bulan. Walaupun banyak perniagaan ditutup tetapi ada juga bisnes yang berjaya mengaut keuntungan lumayan.
Contoh yang mudah kita nampak ada adalah perniagaan Online, platform seperti Shoppee, Lazada, Grab dan food panda dapat mengaut keuntungan yang besar disebabkan orang tidak keluar dari rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena virus Covid 19. Ini menyebabkan permintaan untuk barang online melonjak tinggi dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan atas ini dapat menjana keuntungan.
Pendapatan Industri telekomunikasi juga meningkat kerana ramai orang memerlukan internet yang lebih banyak sewaktu Covid 19. Work at Home and Stay at Home menyebabkan permintaan untukĀ internet semakin meningkat, pelajar memerlukan data internet untuk menyertai kelas online dan membuat kerja sekolah yang diberi oleh cikgu. Manakala orang yang bekerja terpaksa menggunakan zoom untuk melakukan mesyuarat.
Sepanjang tempoh PKP ini, permintaan untuk simkad Tone Wow terus naik kerana plan internet yang murah dan tidak mempunyai speed capped. Terbaru bekas pemain tinju Rusia Khabib akanmasuk ke industri Telekomunikasi dan membuka satuĀ mobile operator yang dipanggil “Eagle Mobile”.
Nampak tak betapa hebatnya bisnes telekomunikasi, ketika bukan pandemik orang perlu menggunakan internet, tetapi ketika pandemik permintaana naik berkali ganda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat