Ramai yang kehilangan pekerjaan dek kerana pandemik yang melanda negara Malaysia tercinta ini, disebabkan ini rakyat kehilangan sumber pendapatan dan perlukan bantuan untuk meneruskan hidup. Banyak bantuan yang telah disalurkan daripada kerajaaan seperti bantuan prihatin nasional, pengeluaran KWSP, data internet percuma.
Namun begitu, masih tidak mencukupi kerana masih ada rakyat yang tidak dapat mencari kerja dan terpaksa berniaga untuk menampung kehidupan. Selepas PKP yang diadakan pada bulan MAC lepas, ekonomi rakyat Malaysia sudah semakin pulih tetapi malangnya kita kini berhadapan PKPB di beberapa buah negeri yang menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah. Seterusnya menyebabkan rakyat berjimat cermat dan hanya membeli barang keperluan.
Kerana keadaan terdesak mungkin ada sesetengah orang yang mahu meminjam Ah Long untuk meneruskan kehidupan. Tetapi yakinlah dengan apa yang saya sampaikan, Ah Long tidak akan menyelesaikan masalah kita bahkan akan menambah sengsara kita. Berhutang RM1000 boleh mengakibatkan hutang berganda sehingga RM20,000. Jika terdesak cuba lah minta pinjam kepada kawan atau jiran tetangga jangan sesekali masuk ke perangkap kewangan dengan meminjam daripada Ah Long.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat