Dulu waktu hidup susah dia lah orang yang paling baik dan paling suka tersenyum, tetapi selepas sahaja menjadi kaya perasaan itu bertukar menjadi sombong tak mahu senyum dan menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain seolah olah lupa diri dulu dia lah orang yang baik pada orang lain sewaktu hidup susah.
Sifat kacang lupakan kulit ini amat berbahaya dan kalau silap langkah hubungan keluarga serta kawan pun boleh terputus. Tanpa ahli keluarga anda boleh ke hidup di dalam dunia ini dengan bahagia? Jawapannya tak boleh, kerana anda telah membuang sifat kasih sayang pada ahli keluarga dan kasih sayang itu bertukar menjadi kepuasan atau nafsu sahaja.
Kawan-kawan yang mengenali kamu juga akan menjauhi, terutamanya jika anda bercakap dengan nada angkuh pada kawan-kawan anda. Belajar lah hidup bersederhana serta bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberi oleh Tuhan.
Cubalah ubah sifat sombong dan angkuh itu kepada sifat suka tersenyum dan menegur orang lalu lalang dengan teguran yang mesra. Sedikit sebanyak hubungan anda akan menjadi rapat dengan jiran tetangga dan anda tidak dibenci oleh orang lain
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat