Di dunia kita hidup secara bermasyarakat, amalan mulia seperti senyum, bertegur sapa, ziarah menziarahi sudah menjadi budaya rakyat Malaysia terutama di kalangan melayu.
Namun begitu janganlah menjadi sombong dan angkuh, kerana ini adalah sifat yang paling tak patut ada pada diri seseorang manusia, bukan sahaja Allah tak suka tapi manusia juga tidak suka bercakap dengan orang yang sombong dan angkuh pada orang lain.
Sifat sombong dan angkuh boleh memakan diri jika selalu berada di hati, bakal isteri tak nak kahwin kerana anda sombong dan angkuh. Kalau bergaduh anda tak mahu minta maaf jika salah kerana ego pula. Potential Customer anda akan lari disebabkan perangai tak senonoh ini.
Disebabkan itu, jika ada perasaan ini buang lah jauh-jauh daripada hati. Berdoa lah supaya diri ini tidak lagi sombong kepada orang lain dan dapat bercakap dengan orang lain dalam keadaan tidak menghina orang itu. Seterusnya dapat merapatkan hubungan dan silaturahim dengan jiran dan kenalan serta stranger.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat