Orang yang paling layak dibelanja oleh wang hasil gaji anda adalah ahli keluarga anda tak kiralah sama ada ibu bapa, isteri, anak dan adik beradik. Belanja lah mereka kerana kasih sayang dan juga tanda menghargai mereka.
21 Haribulan kebiasaanya kita akan dapat komisen hasil jual simkad Tone Wow, dapat sahaja duit cubalah sebulan sekali belanja ibu bapa di restoran mewah untuk rapatkan silaturrahim dan menemani mereka yang kebosanan di hari tua. Boleh ajak adik beradik lain untuk turut sama serta makan bersama keluarga di restoran makanan laut.
Ini bukanlah pembaziran sesunggunhnya sedekah paling baik adalah duit yang dibelanjakan untuk ahli keluarga, selepas itu baru fikirkan orang miskin jika masih ada wang lebih boleh digunakan untuk bersedekah bagi membelanja saudara kita yang belum makan.
Sedikit sebanyak ini dapat membawa kesan yang positif, kepada diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang di sekitar. Perasaan sayang akan semakin mekar di antara ahli keluarga jika selalu amalkan.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat