Kereta merupakan keperluan bagi sesebuah keluarga untuk menjalani kehidupan seharian, tanpa kereta banyak perkara tidak boleh dilakukan dengan mudah dan terpaksa menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi dan grab car.
Ramai anak muda yang membuat kesilapan ketika membeli kereta PERTAMA. Tidak dapat membezakan antara keperluan dan juga kemahuan. Contohnya, baru dapat gaji RM 2500 sebulan sudah mahu memakai kereta Import berjenama HONDA yang bernilai RM 120 ribu.
Mungkin disebabkan terikut trend orang yang banyak duit membeli kereta Import seperti HONDA, BMW, MERCEDES BENZ. Golongan muda yang baru bekerja tidak terlepas mahu membeli kereta mewah seperti golongan kaya.
Tapi di artikel ini saya mahu membahaskan kenapa orang kaya sanggup mengeluarkan ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit hanya untuk membeli sebuah kereta mewah. Mungkin anda akan menjawab mereka mampu membeli sebab itu lah mereka beli.
Untuk pengetahuan anda, bukan semua orang kaya mahu membeli kereta mewah seperti MERCEDES BENZ dan BMW tetapi kerana beberapa faktor mereka membeli kereta mewah import.
1. Ingin Masuk Ke Dalam Circle Orang Bisnes
Walaupun anda merupakan seorang peniaga hebat yang mendapat keuntungan RM 1000 sehari, tetapi tanpa bukti orang sukar untuk mempercayai anda. Memiliki kereta mewah bernilai RM 500,000 ke atas akan membuatkan orang percaya dan yakin untuk menjalankan bisnes dengan anda.
Memiliki kereta seperti Mercedes Benz akan membuatkan anda diterima di dalam cycle jutawan. Orang kaya memilih kawan untuk melakukan bisnes dan juga kawan biasa. Untuk anda masuk ke dalam cycle orang bisnes dan mendapatkan kelebihan seperti tips melakukan bisnes, tips mengembangkan bisnes dan juga meluaskan kabel ke seluruh malaysia kereta adalah senjata paling mudah untuk anda masuk ke dalam cycle orang bisnes dan berkawan rapat dengan jutawan di Malaysia.
2. Harta terlalu banyak dan perlu bayar TAX yang tinggi.
Sesetengah orang kaya membeli kereta setiap tahun hanya untuk mengurangkan TAX yang perlu dibayar. Sebagai contoh INCOME Jutawan A adalah 10 juta setahun dan Jutawan A perlu membayar RM 4 juta cukai di Malaysia. Dengan membeli kereta bernilai RM 800 ribu dia hanya perlu membayar cukai berharga RM 3 juta sahaja. (Perkiraan ini tidak tepat dengan cukai yang dikenakan di Malaysia). Tetapi boleh menjadi contoh bagaimana membeli kereta dapat mengurangkan sedikit cukai yang bakal dikenakan.
3. Membuktikan Kejayaan
Jikalau anda melakukan bisnes seperti Tone Wow yang hanya menjual simkad RM 10 sekeping. Sukar untuk membuktikan pada orang lain bahawa bisnes Tone Wow mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit. Pembelian kereta seperti BMW sedikit sebanyak dapat membuktikan pada bakal dealer anda bisnes Tone Wow memang mampu menjana wang pasif income dengan sangat banyak
4. Keinginan
Dan akhir sekali, sudah tentu lah kerana kereta juga menjadi idaman. Walaupun tak mampu untuk beli kereta import tetapi sukar untuk mengatakan lamborghini bukan kereta impian anda.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat