Apa rahsia untuk taknak malas apabila buat sesuatu kerja?
Mudah saja kawan-kawan, anda hanya perlu Hidup dengan deadline. Tetapkan tarikh akhir anda perlu siapkan kerja, jika kerja diberi seminggu, tetapkan 5 hari untuk habiskan semua kerja yang diberi
Ya, DEADLINE ini berfungsi untuk kita tak terlajak daripada membuat sesuatu kerja. Tapi deadline juga berfungsi supaya kita buat kerja awal waktu dan juga supaya kita tidak malas buat kerja.
Kenapa kita boleh siapkan kerja yang boss kita beri?
Kerana boss beri deadline untuk projek, kita akan ada tekanan daripada atas dan seterusnya ia akan mendorong kita siapkan cepat projek yang diberi.
Untuk kita taknak jadi terus bermalasan, buat deadline kita sendiri dan do some punishment (buat hukuman) jika kita gagal dan tak siapkan deadline tersebut atau buat satu self reward jika kita siapkannya.Deadline ini sangat powerfull!
Kalau sebelum ini anda selalu terlajak buat kerja, buat lah deadline supaya kerja anda bergerak dengan sangat lancar.
Sumber: Hafidz Arif
.