Lebih kurang 2 bulan lepas Malaysia digemparkan dengan program buat duit hanya dengan like, follow atau subscribe. Program ini berjaya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia, ditambah pula waktu pandemik ini ramai rakyat Malaysia kehilangan kerja dan perlu akan duit. Pada mulanya program ini kelihatan mudah dan tak perlu mengeluarkan duit, hanya dengan melakukan beberapa tugas anda akan mendapat sedikit wang hasil like dan subscribe.
Untuk akaun free atau level paling rendah tugas yang diberi tidak banyak dan pendapatan dijana pun sedikit sahaja. Program ini lebih utamakan user yang membayar duit untuk membeli level dan tugas yang diberi akan lebih banyak seterusnya pendapatan yang mereka janjikan lebih tinggi berbanding akaun free. Akibat tamak dan mahu mendapatkan duit lebih banyak ada yang sanggup melabur masuk RM 100, RM 300 bahkan sampai RM 16,000 hanya semata mata mahu mendapatkan tugas yang lebih banyak supaya dapat menjana lebih banyak kewangan.
Selepas beberapa minggu program ini dilancarkan dan telah pun mendapat sambutan hangat, kita dikejutkan pula apabila beberapa user yang tidak berjaya mengeluarkan wang dalam akaun mereka. Transaksi untuk mengeluarkan duit masih pending dan belum berjaya. Ditambah pula apabila keluar pula di berita khabarnya office mereka telah pun kosong. Ada yang mula sedar mereka sebenarnya telah di scam dan bertindak membuat laporan polis. Pengajaran daripada kisah ini, tiada jalan mudah untuk buat duit. Kalau nak kaya berniagalah
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat