Tanggungjawab bukan lah beban tetapi merupakan pemangkin supaya seseorang individu itu konsisten dan tidak mengalah dengan apa yang mereka lakukan. Dengan adanya tanggungjawab walau seteruk apa pun ujian yang anda sedang hadapi anda tidak mudah mengalah kerana perlu menunaikan tanggungjawab anda.
Contohnya anda lahir di dalam keluarga yang miskin, semasa anda kecil ibu dan bapa anda membanting tulang untuk menyekolahkan anda sehingga lah anda bergelar orang yang berjaya. Apabila tiba giliran anda pula bekerja, walaupun ibu bapa anda tidak minta balasan tetapi sebagai anak akan muncul rasa tanggungjawab. Beri duit kepada ibu bapa setiap bulan supaya mereka boleh pencen dan tidak bekerja lagi. Walau sukarnya pekerjaan anda tetapi anda tidak mengalah kerana anda memikirkan ibu bapa di kampung
Begitu juga jika anda ada anak, jika sebelum ini mungkin anda berhenti sahaja kerja dan mencari kerja baru tetapi apabila ada anak. Anda tidak akan buat keputusan berdasarkan emosi anda tetapi anda akan buat keputusan mengikut akal anda.
Sebab itulah cuba tanam tanggungjawab supaya apa yang kita buat kita kekal konsisten dan tidak mudah mengalah serta berjaya satu hari nanti.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat