Kawan-kawan, menyimpanlah dari usia muda. Jika kesedaran nak menyimpan kita tu lambat, kita akan lebih banyak rugi WALAUPUN kita menyimpan lebih banyak duit berbanding dengan orang yang menyimpan sedikit duit tapi sudah bermula dari awal.
Kenapa berbeza?
Inilah kuasa LEVERAGE. Walaupun kita bermula menyimpan hanya sedikit sahaja, tapi disebabkan kita sudah bermula dari awal, kita jauh lebih untung dari orang yang menyimpan lebih banyak tetapi bermula lambat.
Saya beri gambaran mudah,
Situasi A, Hafiz menyimpan dari usia 18 tahun lagi, dengan RM100 sebulan. Dia menyimpan sehingga umurnya 28 tahun, kemudian dia berhenti menyimpan dan biarkan saja duit beranak dalam simpanan pelaburan. Walaupun hanya 10 tahun sahaja menyimpan, pada umurnya 65 tahun, pulangan duit Hafiz terima adalah RM645,617.
Berbanding dengan situasi B, kesedaran menyimpan Arif pula lambat. Dia bermula menyimpan RM100 sebulan pada umur 28 tahun sehingga umurnya 65 tahun. Walaupun 37 tahun dia menyimpan, pulangan duit Arif terima hanyalah RM403,536.
Modal Hafiz menyimpan selama 10 tahun adalah RM12,000 dan dapat pulangan RM645,617.
Modal Arif menyimpan selama 37 tahun pul adalah RM44,400 dan dapat pulangan RM403,536.
Dari sini kita belajar, simpanlah pada usia muda. Jangan dah tua bangka baru nak menyimpan duit. Sikap menyimpan adalah amalam mulia. Definasi kaya itu bukan pada berapa duit dia dapat, tetapi adalah berapa duit dia menyimpan.
Sumber: Hafidz Arif,