Dalam Malaysia ini golongan B40 adalah golongan paling ramai dan paling banyak dapat bantuan terutamanya ketika musim pandemik ini, jumlah bantuan yang disampaikan kepada B40 lebih banyak berbanding M40. Tapi antara kedua golongan ini yang manakah paling banyak terkesan ketika pandemik ini.
Jujur saya kata saya berpendapat golongan M40 paling terkesan, kalau nak dibandingkan dengan golongan b40. Memang betul ada B40 yang sedang dalam keadaan teruk ketika ini tetapi jika nak dibandingkan dengan golongan m40. Golongan B40 kebiasaannya tiada komitmen sebesar golongan M40.
Kalau golongan B40 cuma perlu tanggung kos sebulan hanya RM 1500, golongan m40 pula perlu menanggung komitmen bulanan boleh mencecah sehingga RM 4000 bulanan. Ini kerana makin besar gaji seseorang makin banyak komitmen yang perlu dia bayar contohnya kereta RM 1000 sebulan, Rumah RM 1500 sebulan, eletrik RM 500 sebulan dan lain-lain RM 1000 sebulan.
Golongan B40 sudah terbiasa berjimat dan hidup dalam keadaan serba kekurangan manakala golongan M40 perlu mengambil masa untuk hidup dalam norma baharu. Tapi jangan kata golongan B40 dan M40 sahaja terjejas, golongan T20 juga terjejas dengan situasi sekarang.
Kebanyakan golongan T20 berasal daripada latar belakang peniaga dan ramai antara mereka yang berniaga. Jika banyak kedai ditutup dan tak dapat berniaga, mereka perlu mengeluarkan kos setiap bulan bagi membayar pekerja dan juga sewa kedai.
Senang cerita, semua orang terkesan akibat PKP ini. Jangan kata hidup kita paling susah dan sentiasa mengeluh. Bangkit dan cuba mencari peluang lain, boleh cuba jual Tone Wow pula. Dengan menjual produk Malaysia aliran wang tunai akan mengalir dan bakal memulihkan ekonomi.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat

