Dendam boleh menyebabkan hidup tidak tenang dan menyebabkan anda tidak bahagia. Memaafkan perbuatan orang lebih baik daripada memendam perasaan benci. Menyimpan dendam bukan sahaja boleh memberi kesan kepada emosi seseorang bahkan juga boleh merosakkan lifestyle dan ekonomi individu tersebut.
Tiada faedahnya menyimpan dendam pada orang lain, hanya kerana perbuatan atau kesilapan individu tersebut kita tidak bahagia. Dan jika anda tidak mampu menahan dan menanggung perasaan amarah anda cuba lah lepaskan dengan perkara lain.
Saya bagi contoh melepaskan perasaan dendam dengan menjadi lebih baik daripada orang yang awak berdendam. Jika seseorang itu pandai cuba lah mengatasinya dalam pelajaran jangan simpan didalam hati. Seterusnya jika individu tersebut kaya cuba lah menjadi lebih kaya daripadanya.
Tapi cara terbaik bukan melepaskan dendam kepada orang lain, tetapi maafkan lah orang itu dan buang lah perasaan itu untuk hidup yang lebih tenang. Nescaya minda akan lebih fokus dan anda akan tahu apa matlamat anda hidup di atas dunia ini.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat