Jika anda berkawan dengan orang yang bekerja tukang besi, bau besi dan bara akan melekat di badan anda. Manakala jika anda berkawan dengan penjual minyak wangi, bau wangi-wangian akan melekat di badan anda. Inilah kelebihan memilih kawan, kerana mereka boleh mempengaruhi hidup anda.
Disebabkan itu pilihlah kawan yang baik dan sentiasa positif supaya kehidupan anda sentiasa positif dan dikelilingi kawan yang baik ketika sedang menghadapi masalah. Kalau di sekolah ada nya pembimbing rakan sebaya tetapi selepas habis sekolah anda lah yang perlu membimbing diri anda.
Kawan dan persekitaran memainkan peranan penting untuk membentuk gaya hidup anda, jika anda berkawan dengan orang kaya anda akan berada bersama orang kaya dan cuba menjadi lebih kaya. Jika anda berkawan dengan orang yang selalu pergi kelab malam dan meminum arak anda berkemungkinan juga boleh menjadi seseorang yang mengamalkan gaya hidup tak sihat. Dan jika anda berkawan dengan orang baik dan soleh anda akan terpengaruh dengan gaya hidup mereka.
Tapi sebagai seorang usahawan saya nasihatkan berkawan lah dengan orang yang positif dan mahu mengubah hidup menjadi seorang yang lebih baik. Sebagai seorang pengedar Tone Wow penting untuk anda berkawan dengan orang yang mahu mengubah hidup mereka supaya jika anda berputus asa akan ada orang di sekeliling ingin membantu anda bangun.
Sumber: Hafidz Arif
Kongsikan Kepada Rakan Jika Ia Bermanfaat